JAS SERBU KILANG SISA ELEKTRONIK HARAM

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu kilang pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram di Mukim Bebar, Pekan, di sini semalam.

Dalam Operasi Bersepadu berkenaan turut disita sebanyak 54 unit buangan terjadual.

Menurut kenyataan JAS, premis tersebut disyaki telah menjalankan pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik melalui kaedah peleburan hingga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di sekitar kawasan jalan utama Lebuhraya Kuantan-Segamat.

Katanya, seorang pekerja warga asing telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sabit kesalahan penjara mandatori tidak lebih lima tahun dan denda maksimum hingga RM10 juta

jika sabit kesalahan.

Operasi turut disertai agensi penguatkuasaan membabitkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …