LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada 153,624 murid dan pelajar membabitkan 318 sekolah di Negeri Melaka.

Katanya, pemberian bantuan awal tersebut bertujuan untuk meringankan beban ditanggung ibu bapa atau penjaga menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada 17 Februari depan.

“Kerajaan memperuntukkan lebih RM23 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan yang akan memberi manfaat semula pelajar sekolah di negeri ini.

“Setiap murid dan pelajar akan menerima RM150 seorang, di mana Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan untuk semua pelajar warganegara di 318 sekolah seluruh Negeri Melaka bagi sesi 2025 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penyampaian Kit Peranti dan Sijil Kolaboratif Program Anak Kita Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Pengarah Unit Pantau Madani Pejabat Perdana Menteri Mohd Khalid Mohamed Latiff; Rektor Institusi Pendidikan Guru Malaysia Yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme, Dr. Mohd Azam Ahmad; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Yang Menjalankan Tugas Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut seramai 713 pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2025 daripada 61 sekolah menerima kit peranti berupa tablet bagi tujuan pembelajaran.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …