Semasa tinggal di pusat-pusat pemindahan, bersamalah mengamalkan sikap bertoleransi, saling bantu-membantu dan hormat-menghormati bagi mengelakkan ketegangan atau tekanan dalam kalangan penghuni.
Dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.
Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.
Makan makanan yang telah dimasak sahaja. Ini bagi mengelakkan kejadian bawaan air dan makanan seperti: Keracunan makanan, hepatitis A, tifoid, kolera, Acute Gastroenteritis (Age) dan sebagainya.




