SITUASI SEMASA KES DEMAM DENGGI NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPIDEMIOLOGI (ME) 02/2025

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melaporkan situasi semasa kes demam denggi di negeri Terengganu sehingga ME 02 Tahun 2025 iaitu sebanyak 7 kes dilaporkan berlaku berbanding hanya sebanyak 14 bagi tempoh yang sama tahun 2024 dimana menunjukkan peningkatan sebanyak 50.0 %.

Dikongsikan gejala demam denggi seperti berikut:

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari;
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi;
  3. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi dan ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam;dan
  4. Muntah atau kurang selera makan

Jangan jadikan anda mangsa seterusnya, bersama-sama bertindak hapuskan punca pembiakan Aedes dan dapatkan rawatan awal demam denggi.

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …