JIM SABAH HANTAR PULANG 13 PTI WARGA FILIPINA

HANTAR PULANG: Semua PTI warga Filipina terbabit dihantar pulang ke negara asal menggunakan pengangkutan laut.

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai 13 tahanan warga Filipina bagi Operasi Pemindahan Tahanan ke Negara Asal Bilang Satu 2025, semalam.

Menerusi kenyataan JIM Sabah di laman Facebook rasminya, penghantaran pulang itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu.

Katanya, semua Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang ditahan di Depot Imigresen Imigresen Tawau itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut feri MV Ming Hai Express ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

“Semua tahanan terdiri daripada tujuh lelaki, dua wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki.

“Semua tahanan kanak-kanak balik ke negara asal dengan diiringi oleh ibu dan bapa atau penjaga yang sah,” katanya.

Menurutnya, semua tahanan asing balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri dan kos pengangkutan feri adalah termasuk caj pengangkutan bas mulai daripada Tawau Ke Lahad Datu.

“Ia berjumlah RM370 untuk penumpang dawasa manakala RM205 untuk penumpang kanak-kanak berusia lima ke 13 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah.

“Operasi pemindahan tahanan asing ke negara asal dari semasa ke semasa adalah tertakluk kepada pengeluaran segera dan berterusan Travel Dokumen oleh pihak Kedutaan Republik Filipina di Malaysia yang merupakan elemen penting bagi mempercepatkan proses pemindahan tahanan ke negara asal,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut