WARGA PENDIDIK PERLU DIBERI PENDEDAHAN ISU PENIPUAN DALAM TALIAN

RASMI: Wan Hassan (tengah) ketika hadir merasmikan program berkenaan dan melancarkan Kod QR Aduan Masyarakat.

TAWAU: Program Kesedaran Anti-Scam yang disasarkan kepada warga pendidik berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penipuan dalam talian (scam) serta memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan kepada golongan pendidik dan masyarakat.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, Komisioner Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata warga pendidik perlu diberikan pemahaman mengenai sindiket penipuan dalam talian ini.

Katanya, pentingnya warga pendidik menjadi barisan hadapan dalam menyebarkan kesedaran berkaitan penipuan dalam talian kepada pelajar dan masyarakat.

“Polis khususnya JPJKK dengan kerjasama KPM akan terus komited memberi kesedaran dan panduan kepada guru-guru dalam mengenali, mencegah serta melaporkan sebarang penipuan atas talian.

“Penipuan dalam talian semakin kini meningkat dengan pelbagai taktik baharu yang licik,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Anti-Scam, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, guru dan pendidik bukan sahaja bertanggungjawab mendidik generasi muda, tetapi juga perlu menjadi contoh dalam mengamalkan keselamatan digital.

“Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil merekodkan sebanyak 34,495 kes disiasat pada tahun 2023 dengan anggaran jumlah kerugian melebihi RM1.2 bilion.

“Sebanyak 35,368 kes pula telah disiasat pada tahun lepas dengan anggaran kerugian melebihi RM1.5 bilion,” katanya.

Katanya, jenayah telekomunikasi (phone SCAM) dan jenayah e-Dagang (penipuan transaksi wang melalui internet) antara jenis penipuan yang tertinggi dilaporkan.

“Guru juga antara yang menjadi mangsa jenayah siber di seluruh negara dengan mencatatkan sebanyak 1,088 kes dengan anggaran kerugian sebanyak lebih RM29 juta pada tahun 2023.

“Manakala bagi tahun 2024 pula jumlah guru yang menjadi mangsa mencatatkan sebanyak 985 kes dengan anggaran kerugian sebanyak lebih RM38 juta,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Wan Hassan turut melancarkan Kod QR Aduan Masyarakat dan Kod QR untuk memudahkan orang awam membuat aduan melalui aplikasi berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …