POLIS SABAH TEKANKAN INTEGRITI ANGGOTA, PEGAWAI

INTEGRITI: Jauteh merakamkan gambar bersama pegawainya semasa Majlis Perjumpaan Khas dan Sesi Amanat bersama Inspektor Percubaan Siri 2/2024 di Auditorium, IPK Sabah.

KOTA KINABALU: Pegawai polis yang baru berkhidmat diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti, tulus dan bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, integriti kekal menjadi keutamaan dan perlu dijadikan budaya pasukan polis.

“Jangan jadi hipokrit di dalam pasukan, sentiasa kekalkan integriti, tulus dan bertanggungjawab. Jalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah tanpa gagal.

“Integriti kekal menjadi keutamaan dan ia perlu menjadi budaya seluruh warga pasukan selain dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Khas dan Sesi Amanat bersama Inspektor Percubaan Siri 2/2024 di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK), di sini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Shahurinain Jais.

Dalam pada itu, Jauteh mengingatkan pegawai polis yang baru berkhidmat untuk terus menjadi pegawai kanan yang baik.

“Rancang pengurusan kewangan dengan berhemah dan jangan pernah melupakan jasa serta pengorbanan ibu bapa selama ini sehingga mereka berjaya kini,” katanya.

Seramai 20 Inspektor Percubaan melaporkan diri di Kontinjen Sabah dan akan bergerak ke penempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau jabatan yang ditetapkan bermula hari ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …