JENAYAH KOMERSIL: KERUGIAN HARIAN CECAH RM7.9 JUTA

Purata nilai kerugian akibat jenayah komersil di Malaysia bagi satu hari adalah RM7.9 juta, berdasarkan rekod 30,724 kes sehingga 15 Disember 2024.

Walaupun jumlah kes menurun tiga peratus berbanding tahun lalu namun nilai kerugian meningkat sebanyak 44 peratus dari RM1.9 juta pada tahun sebelumnya.

Sebanyak 45% daripada kertas siasatan (13,721 kes) telah berjaya didakwa, menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2023 (43%).

Penurunan kes jenayah komersil menunjukkan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi terhadap ancaman jenayah ini.

PDRM akan terus memperhebat usaha untuk membanteras dan mencegah jenayah komersil serta mengajak masyarakat untuk lebih peka dan terlibat dalam usaha pencegahan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …