BANJIR DI KELANTAN DAN JOHOR BERANSUR PULIH, MANGSA DI PERAK MENINGKAT

Keadaan banjir di Kelantan dan Johor pada 1 Januari 2025 beransur pulih, dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.

Di Kelantan, hanya satu PPS aktif di Rantau Panjang, menempatkan 31 mangsa.

Walau bagaimanapun, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya.

Di Johor, 69 mangsa banjir kekal di dua PPS di Kota Tinggi.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 399 orang daripada 86 keluarga berbanding 52 orang malam sebelumnya.

Mereka ditempatkan di dua PPS di Muallim dan Sungai Slim berada pada paras bahaya.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …