BANJIR KELANTAN: JALAN TERPUTUS, TANAH RUNTUH JEJAS PERHUBUNGAN JALAN DARAT

Banjir yang melanda Kelantan terus membawa cabaran besar dengan dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di Machang.

Jalan Persekutuan FT 479 (Jalan Kemuning-Bukit Belah) dan Jalan Negeri D16 (Jalan Batu 30-Temangan) terputus akibat dinaiki air setinggi 0.8 meter, menghalang pergerakan semua jenis kenderaan.

Selain itu, dua tanah runtuh berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Dataran Bukit Belah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan telah meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan tersebut untuk keselamatan pengguna, serta menggalakkan orang ramai menggunakan laluan alternatif dan mendapatkan maklumat terkini di laman web JKR.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …