UMPSA BAKAL TUBUH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH DALAM EKOSISTEM TVET PERTAMA DI MALAYSIA

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah dalam Ekosistem program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama di Malaysia dengan penubuhan Graduate Engineering & Technological Business School (GET-BS) tidak lama lagi.

Justeru, universiti berkenaan bakal menjadi Sekolah Pengajian Siswazah yang berteraskan pengurusan dan perniagaan dengan penekanan kepada elemen teknologi serta kejuruteraan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Aida Mustapha yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMPSA, berkata penubuhan GET-BS di bawah Fakulti Pengurusan Industri (FPI) UMPSA mampu melahirkan pemimpin perniagaan masa hadapan.

Katanya, selain itu, ia mampu memacu transformasi teknologi dengan inovasi tanpa mengabaikan matlamat kelestarian dan tanggungjawab sosial.

“GET-BS akan menawarkan program akademik, latihan, penyelidikan, dan konsultasi dengan menekankan elemen Sustainable Business Innovation serta TVET Termaju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TVET Termaju dalam konteks GET-BS merangkumi kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk mengurus ekosistem teknologi tinggi, bukan sahaja teknologi tetapi termasuk juga aspek sumber manusia, pemegang taruh dan komuniti.

Selain itu, kurikulum GET-BS akan diintegrasikan dengan prinsip Environmental, Social, and Governance (ESG) bagi memperkukuh pengurusan ekosistem teknologi tinggi.

GET-BS juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan penyelidik UMPSA, pihak industri, dan komuniti.

Dengan adanya GET-BS, ia akan menyokong UMPSA untuk terus mempergiatkan agenda dalam pembangunan kelestarian bagi menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Ahmad Ziad Sulaiman berkata, hala tuju Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) TVET termaju 2030 menyediakan kerangka strategik yang kukuh untuk universiti teknikal seperti UMPSA dalam memacu pendidikan tinggi ke arah fleksibiliti, inovasi, dan integrasi teknologi.

Sebagai MTUN, katanya, UMPSA komited untuk merealisasikan sasaran peningkatan enrolmen pelajar TVET seramai 150,000 menjelang tahun 2030, selaras dengan usaha memperluas akses kepada pendidikan yang relevan dengan keperluan industri global.

“Dengan inisiatif GET-BS yang berekosistemkan TVET dan inovasi perniagaan lestari akan menyokong kepada usaha pencapaian halatuju MTUN TVET termaju 2030 yang komprehensif, termasuk pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Pelaburan strategik ini tidak hanya bertujuan memenuhi permintaan industri semasa, tetapi juga untuk mempersiapkan graduan menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang lebih kompleks.

“Dengan mengekalkan momentum inovasi dan dedikasi, UMPSA yakin mampu menjadikan Sekolah Perniagaan yang pertama di Malaysia berasaskan ekosistem TVET ini sebagai asas kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan negara, seiring aspirasi MTUN TVET Termaju 2030.

“UMPSA merakamkan penghargaan terima kasih atas kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khususnya Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang menyokong usaha penubuhan GET-BS,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …