25 TAN AL-QURAN ROSAK TENGGELAM BANJIR DI 3 NEGERI

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumpul sebanyak 55,000 naskah al-Quran yang rosak akibat banjir yang melanda Kelantan, Terengganu dan Kedah semasa gelombang pertama dan kedua Monsun Timur Laut (MTL) 2024.

Al-Quran tersebut diterima daripada mangsa banjir dan masjid yang terjejas.

KDN menjangka jumlah al-Quran rosak ini akan meningkat kepada 150,000 naskah menjelang akhir musim monsun pada Mac.

Program pengumpulan al-Quran rosak ini bermula pada 4 Disember lalu.

Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 12.5 tan atau 25,000 naskah.

KDN telah membuka lima pusat pengumpulan di Kelantan untuk memudahkan orang ramai menghantar al-Quran rosak.

Kaedah pelupusan al-Quran rosak ini akan dilakukan mengikut syarak, termasuk membakar atau menghancurkannya menjadi abu untuk dilepaskan ke laut atau memproses kertas al-Quran menjadi bahan kitar semula.

KDN mengingatkan orang ramai untuk menghantar al-Quran rosak dengan betul dan mengelakkan penggunaannya untuk tujuan tidak wajar seperti membungkus makanan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …