SISIPAN SEJARAH : KDYMM AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN MERASMIKAN JAMBORI MALAYSIA KE-12

Pada 18 November dalam tahun 2011, KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Pada majlis ini juga, baginda berkenan menandatangani plak pengisytiharan penubuhan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengakap Telaga Batin. Selain itu, syiling peringatan pengakap 100 tahun di Malaysia turut dilancarkan. Jambori yang berlangsung selama lapan hari ini disertai oleh seramai 10,800 orang ahli pengakap dari seluruh Malaysia dan 800 orang ahli pengakap dari 15 buah negara luar. Bertemakan ‘Menjelajah Warisan’, Jambori kali ini mengadakan pelbagai aktiviti antaranya kembara bandar, aktiviti lasak dan aktiviti air bertujuan mengeratkan lagi kerjasama dalam kalangan anggota Pengakap dari seluruh dunia.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …