LAPAN KOMPLEKS SUKAN DI PAHANG DINAIK TARAF

ROMPIN: Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf bagi memenuhi keperluan atlet dan golongan belia di negeri ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata, langkah itu diambil Kerajaan MADANI yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif strategik berkaitan belia dan sukan negara.

“Keseluruhan terdapat lapan (projek) di Pahang (yang sedang dan akan dinaik taraf), antaranya menaik taraf Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, Kuantan bernilai RM25 juta yang dijangka siap pada Mei tahun depan.

“Selain itu, penaiktarafan Stadium Hoki Indera Mahkota bernilai RM3.5 juta dan penaiktarafan rumput Stadium Darul Makmur Kuantan bernilai RM500,000 sebagaimana ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Siap Kerja Kompleks Rakan Muda Rompin (KRM) di sini hari ini.

Mengulas mengenai projek naik taraf KRM Rompin, Adam Adli berkata, projek itu menelan belanja RM15.2 juta, meliputi dua komponen iaitu penaiktarafan kompleks sukan tersebut serta projek pembinaan benteng pemecah ombak.

“Kita harap, (penaiktarafan ini) bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh anak belia tempatan bahkan mereka yang berkunjung ke Rompin.

“Difahamkan di kawasan ini (Rompin) ada pelbagai tarikan menarik antaranya pesta memancing yang mendapat sambutan ramai dan mereka boleh menggunakan kemudahan di KRM ini nanti,” katanya.

Projek penaiktarafan KRM bermula pada Mac 2022 melibatkan pelbagai aspek antaranya pembinaan sebuah bilik mesyuarat, menaik taraf gelanggang futsal, membaik pulih dewan utama dan menaik taraf kolam skuba.

Sementara komponen kedua melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang 500 meter yang bermula pada Ogos 2022 dan dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang bertujuan mengelak hakisan pantai berdekatan kompleks tersebut.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …