Delegasi Kerajaan Negeri ke Abu Dhabi diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. | Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh hubungan ekonomi dan peluang kerjasama strategik dalam sektor teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI) menerusi lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Johor ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

Delegasi Kerajaan Negeri ke Abu Dhabi diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan pertemuan dengan dua syarikat terkemuka, Mubadala Investment Company, sebuah entiti pelaburan milik Kerajaan Abu Dhabi dan MASDAR atau Abu Dhabi Future Energy Company.

 

Mubadala Investment Company sebelum ini telah melabur sebanyak AS$350 juta dalam Princeton Digital Group, sebuah pusat data terkemuka di Asia yang turut membangunkan fasiliti mereka di Taman Teknologi Sedenak (STeP 1) melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion.

 

Kerajaan Negeri turut optimis dengan keyakinan dan kesediaan yang dizahirkan oleh kedua-dua syarikat berkenaan mampu memberi limpahan ekonomi kepada Johor selaras dengan visi menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Lawatan kerja berkenaan juga menjadi antara platform kepada Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai peluang pelaburan utama di Johor bagi menyokong agenda pembangunan negeri ini sebagai kuasa ekonomi berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Sumber: Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …