MANAKAH YANG BAHAYA? ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

 BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Bateri mengalirkan elektrik ke katrij kemudian memanaskan cecair dalam katrij yang kemudiannya mengubah cecair menjadi wap.

KANDUNGAN DAN KESAN BAHAN KIMIA DALAM VAPE/eCig

Nikotin – Disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.

Kesan: 

  1. Menyebabkan ketagihan dan kebergantungan fisiologi.
  2. Menggalakkan pembekuan darah.
  3. Mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan.
  4. Gangguan pada perut dan usus.
  5. Sawan dan kegagalan pernafasan.
  6. Menyebabkan kematian.
  7. Had kepekatan: Tidak dibenarkan (0 ng/mL).

Propalina Glikol – Merupakan bahan sintetik yang berasal dari petroleum. Ia bersifat cerah dan tidak berbau.

 

 

Kesan Jangka Pendek:

  1. Iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan.
  2. Kegatalan tekak, sakit tekak dan ruam-ruam kecil.

Kesan Jangka Panjang:

  1. Menyebabkan penyakit asma.
  2. Apabila dipanaskan akan membebaskan formaldehid (formaldehide) iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.
  3. Gliserin Sayuran – Gliserine merupakan minyak tumbuhan yang bersifat tidak berwarna, tidak berbau, dan manis sedikit.

Kesan:

  1. Mulut cepat rasa kering dan sakit tekak.
  2. Iritasi lapisan kulit dan mata.
  3. Kerosakan kepada organ dalaman.
  1. Bahan Perisa

Terdapat pelbagai jenis bahan perisa yang digunakan dalam cecair vape/eCig yang terdapat di pasaran. Kajian in-vitro mendapati, bahan-bahan ini mampu membunuh sel tubuh terutamanya sel-sel paru-paru, otak dan lapisan kulit – sitotoksisiti. 

Sumber: Pusat Racun Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …