Nur Azilah Aziz, atlet bola jaring negara dan pemain Johor Jewels yang merupakan graduan UTM dalam Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan).

 

#IskandarPuteri – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi atlet selatan tanah air melalui program pendidikan berkualiti tinggi.

 

Sebagai salah sebuah fakulti di UTM, FEST membuka peluang kepada atlet muda berbakat khususnya dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian. Selain menggunakan sistem meritokrasi, FEST juga mengaplikasikan Laluan Khas (Atlet) atau lebih dikenali sebagai Laluan Hijau, memudahkan akses atlet ke program pengajian ini.

 

Dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui program Diploma Sukan dan Kecergasan di bawah UTMSPACE, program pengajian ini mendapat sambutan luar biasa disebabkan majoriti tenaga pengajar terdiri daripada staf berpengalaman FEST, juga pakar dalam bidang sukan dan kecergasan.

 

Lebih membanggakan, beberapa atlet Johor berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Nur Azilah Aziz, atlet bola jaring negara dan pemain Johor Jewels yang merupakan penerima Anugerah Dekan bagi Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), kini menyambung pengajian secara ‘fast track’ ke peringkat PhD dalam bidang yang sama.

 

Program pengajian ini telah berjaya melahirkan alumni dalam pelbagai sektor termasuklah bidang pentadbir sukan, penganalisis data sukan, usahawan dalam industri kecergasan, malah ada yang meneruskan kerjaya sebagai jurulatih profesional.

 

Dengan usaha dan sokongan yang berterusan, FEST UTM akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan atlet berbakat di selatan tanah air, membuktikan bahawa kecemerlangan akademik dan sukan dapat digabungkan bagi melahirkan individu yang serba boleh dan berdaya saing.

Sumber : Media Digital Johor

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJoho

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut