LARANGAN GUNA PANGKALAN HARAM: EMPAT INDIVIDU DITAHAN

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pendatang asing tanpa izin di Pangkalan Haram Abe Yie, Rantau Panjang, Kelantan, pada 6 Disember 2024.

Tangkapan dilakukan setelah pemantauan melalui dron mendapati empat suspek warga Thailand dan seorang lelaki tempatan berada di kawasan tersebut.

Ketika ditahan, suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan pendatang tanpa izin di sempadan negara.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …