Amaran banjir dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk hampir 30 kampung di sekitar Sungai Galas, Sungai Lebir, dan Sungai Pahi di Kuala Krai, yang dijangka terjejas antara Isnin hingga Jumaat ini, berikutan ramalan hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kampung yang terlibat termasuk Kampung Mambong, Kampung Dabong, Kampung Tualang, Kampung Manik Urai, Kampung Batu Mengkebang dan Kampung Pahi.
JPS mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan dan menggesa penduduk di kawasan berisiko untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sumber: Bernama