21 PPS DIBUKA DI RAUB, LIPIS

KUANTAN, 01 DISEMBER 2024 : Sebanyak 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan dua daerah iaitu Raub dan Lipis.

Menurut portal banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua PPS kini menempatkan seramai 688 mangsa banjir daripada 237 keluarga.

Sehingga jam 11.30 pagi tadi, 20 PPS di Raub telah dibuka dan menempatkan seramai 685 mangsa banjir daripada 234 keluarga membabitkan empat mukim iaitu Mukim Gali 1, Mukim Gali 2, Mukim Dong dan Mukim Ulu Dong.

Manakala sebuah PPS di SK Jerangsang, Lipis pula menempatkan tiga mangsa banjir daripada tiga keluarga.

Sementara itu bagi Daerah Raub pula, dua jalan turut ditutup kepada kenderaan ringan ekoran kejadian banjir iaitu Jalan KL-KB (Gali Lurus – Gali Hilir) dan Jalan Cheroh – Gesing (Jambatan Gesing).

Laluan berkenaan kini hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …