BILANGAN MANGSA BANJIR TERUS MENINGKAT DI RAUB

RAUB: Bilangan mangsa banjir terus meningkat kepada seramai 1,092 dan ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub pada jam 8.00 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub melaporkan 1,092 mangsa daripada 375 keluarga ditempatkan di PPS berbanding yang dicatatkan pada jam 12.00 tengah hari ini seramai 685 orang mangsa.

“PPS Balai Raya Kampung (Kg) Ulu Jelu menempatkan 26 keluarga dan 87 mangsa; Kg Pamas Rawas sebanyak 10 keluarga dengan 32 mangsa; PPS Balai Raya Kg Bukit Pampong (20 keluarga / 26 mangsa); PPS Pintu Padang (45 / 166) dan PPS Dewan Lechar (34 / 111.)

“Manakala, PPS Kg Tok Machang (29 / 98) dan PPS Balai Raya Kg Peruas turut dibuka dengan menempatkan 14 keluarga dan 62 mangsa; PPS Kg. Pamah Kulat (18 keluarga / 67 mangsa); PPS Kg Kuala Keloi (5 keluarga / 16 mangsa); PPS KEMAS Gali Tengah (49 / 113) dan PPS Dewan Gali Hilir (5 keluarga / 5 mangsa),” katanya.

Katanya, turut terbabit untuk pembukaan dan penempatan PPS ialah, PPS Dewan Dato Seriwa Pasir Bayam sebanyak 14 keluarga/44 mangsa; PPS Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar sebanyak 40 keluarga dengan 45 mangsa, PPS Kg Durian Sebatang (17/43); PPS Kg Pia 35 keluarga/ 126 mangsa, PPS Masjid Kuala Temau ; 6 keluarga/ 20 mangsa; PPS Kampung Ajai sebanyak 8 keluarga dengan 31 mangsa.

Sementara Masjid Kg Pampong, PPS Dong dan PPS Dewan Ulu Gali belum mengemaskinikan bilangan mangsa.

Manakala Sungai (Sg) Lipis @ Batu Malim, Sg Dong @ Pasir Bayam, Sg Gali @ Ulu Gali dan Sg. Dong @ Kg.Peruas di daerah ini menunjukkan trend menurun. Setakat jam 8.00 malam tiada berlaku hujan direkodkan di seluruh kawasan pedalaman.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …