PMX TURUN KE TERENGGANU BAGI MELAWAT MANGSA BANJIR

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Setiu hari ini. Dua PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Telaga Papan dan Sekolah Kebangsaan Mangkuk.
Beliau yang diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir.Dr Ahmad Samsuri Mokthar mendengar taklimat mengenai situasi banjir dan operasi menyelamat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat.
Pada lawatan itu, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mereka. Terengganu antara negeri di Pantai Timur yang teruk dilanda banjir dan sehingga jam 12.00 tengah hari, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu melaporkan seramai 42,040 mangsa ditempatkan di 306 PPS seluruh negeri.
Selain itu juga, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk dua negeri Pantai Timur yang paling teruk terkesan dengan bencana banjir ketika ini.
Setakat petang ini, lebih 148,000 mangsa terkesan dengan banjir di 10 negeri dan lebih 90 peratus adalah di Kelantan dan Terengganu. Semoga bantuan ini meringankan beban mangsa banjir, Insya-Allah.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …