DUA LALUAN ALTERNATIF ELAK SESAK SEREMBAN- KUALA PILAH SIAP 2026-2027

Dua projek pembinaan jalan alternatif bagi mengatasi kesesakan di jalan Seremban-Kuala Pilah membabitkan laluan di Seri Menanti – Ulu Sepri dan Kampung Guntur – Langkap masing-masing dijangka siap pada 2026 dan 2027. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kedua-dua laluan yang menelan kos RM165.46 juta itu telah dimulakan pada 2021 dan 2022.

Bagi projek membina jalan dari Seri Menanti, Kuala Pilah ke Ulu Sepri, Rembau, status semasa projek ini sedang melaksanakan kerja- kerja penyiasatan tanah serta pengambilan tanah.  Manakala, status semasa projek membina jalan penghubung di antara Kampung Guntur Ke Langkap, Kuala Pilah pula ia dalam proses pengambilan balik tanah dan penyediaan laporan bagi kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar.

Terdapat beberapa isu teknikal di tapak yang menyebabkan perjalanan projek ini menjadi lewat. Dijangkakan kerja-kerja fizikal bagi kedua-kedua projek ini dapat dilaksanakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah dan penilaian impak alam sekitar diselesaikan.

Mengenai kawalan banjir dan senggaraan sungai pula, Aminuddin menjelaskan, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dengan mengalih halangan dan mengalur seksyen sungai secara berkala. Kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak melibatkan melebar atau dalamkan sungai dan membawa keluar material on site ke luar kerana ianya melibatkan kos yang lebih tinggi.

Bagi kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai yang dilaksanakan dalam projek Rancangan Tebatan Banjir melibatkan kos lebih tinggi kerana melibatkan pengeluaran material ke luar tapak manakala kerja penstabilan tebing termasuk pembinaan ban melibatkan material import bagi mencapai keperluan teknikal dan spesfikasi ditetapkan.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan telah menjalankan kajian dan penyiasatan tapak dalam menentukan lokasi deposit pasir di sungai-sungai yang dibenarkan. Ia untuk dimasukkan dalam program kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai tanpa melibatkan kos atau peruntukan kerajaan negeri dengan kaedah timbal balik daripada mengeluarkan, mengalihkan dan mengangkut bahan batuan (pasir sungai). Sehingga kini sebanyak 17 batang sungai yang terlibat dalam program timbal balik sejak tahun 2020 hingga 2023 antaranya, Sungai Kepayang, Linggi, Serting, Jijan dan Jempol.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …