OPS TEBAH

KUALA LUMPUR: Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan serbuan terhadap premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen/aktiviti hiburan tanpa lesen di Jalan Petaling.
Empat buah bar telah disita kerana  beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan dan diperincikan dengan pintu berkod keselamatan tinggi dan difahamkan hanya menyasarkan pelanggan tetap dan individu tertentu yang tahu kewujudannya.

 

Pihak DBKL telah mengarahkan pengusaha terbabit menghentikan operasi rumah tumpangan berkenaan dan meminta penghuni mengosongkan premis dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan sita diambil.

 

Polis turut mengambil tindakan terhadap 61 individu iaitu 52 tempatan dan sembilan warga asing mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang sekiranya didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa dan pihak DBKL tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti haram

Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …