Pada 19 November 2024, Ibu Pejabat Briged Tenggara berjaya menggagalkan penyeludupan lembu di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Sebuah lori Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki mencurigakan ditahan sekitar jam 9 malam oleh pasukan tersebut dengan bantuan BN 8 PGA semasa operasi Op Taring Wawasan Kelantan.
Pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa karkas babi seberat lebih 5,120kg yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Dua lelaki berumur 23 dan 25 tahun yang menjadi suspek penghantar ditahan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 204,800.00.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Kubang Kerian, Kota Bharu untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi