BOMBA TERBANGKAN DRON KESAN LELAKI DIKHUATIRI LEMAS

Alor Gajah – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke Sungai Pengkalan, diteruskan pasukan penyelamat termasuk menerusi pemantauan udara menggunakan dron.

Komander Operasi, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pasukan penyelamat menerbangkan drop sejauh kira-kira 400 meter dalam usaha menjejaki mangsa.

“Sehingga lewat petang ini kita belum menemui sebarang petunjuk baharu dan SAR masih berjalan.

“Kemungkinan pada waktu malam pencarian akan diteruskan juga tetapi membabitkan kawasan sekitar tebing sungai,” katanya.

Menurutnya, radius pencarian juga diperluaskan lagi berbanding pada awal SAR bermula iaitu sejauh dua kilometer sahaja.

“Sehingga lewat petang ini radius pencarian sudah sejauh lima kilometer membabitkan teknik ‘surface water search’ menggunakan bot.

“Manakala bagi ‘underwater searching’ radius pencarian dilakukan sejauh 50 meter dari selipar mangsa ditemui.

“Selain turut digerakkan adalah unit K9 membabitkan pencarian sehingga 100 meter namun tidak juga menemui petunjuk baru,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …