THAILAND SETUJU JIKA MALAYSIA BINA TEMBOK KESELAMATAN, BANJIR SEPANJANG SEMPADAN

Kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk membina tembok keselamatan dan kawalan banjir di sepanjang sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Gabenor Narathiwat, Trakul Thotham, berkata pembinaan tembok tersebut akan membantu menangani isu jenayah rentas sempadan dan mengawal masalah banjir akibat limpahan Sungai Golok.
Beliau menyatakan bahawa tembok yang sedia ada telah berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan dan pencerobohan sempadan secara haram.
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer kepada Kerajaan Pusat, dengan tujuan utama menangani jenayah penyeludupan dan mengurangkan risiko banjir.
Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …