SISIPAN SEJARAH: MALAYSIA TERPILIH SEBAGAI ANGGOTA TIDAK TETAP MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNSC)

Pada 16 Oktober dalam tahun 2014, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam satu sesi undian secara sulit yang diadakan di New York, Amerika Syarikat. Berita gembira ini diumumkan oleh YB Datuk Seri Anifah bin Haji Aman, Menteri Luar dalam satu sidang media di New York. Pada sesi undian tersebut, Malaysia mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain Malaysia, empat lagi negara turut dipilih, iaitu Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol bagi mengisi kekosongan tersebut. Malaysia mula berkhidmat secara rasmi mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016. Malaysia sebelum ini pernah dipilih sebanyak tiga kali sebagai Anggota Tidak Tetap UNSC, iaitu pada 1965-1966, 1989-1990 dan 1999-2000. UNSC dianggotai 15 negara dengan lima daripadanya anggota tetap yang mempunyai kuasa veto dan 10 anggota tidak tetap bagi penggal dua tahun. Fungsi UNSC antara lainnya ialah untuk menjamin keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut