LAGI RAMPASAN TANAMAN HIASAN, KALI INI BERNILAI RM0.5 JUTA

Pada 9 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di Kg Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Kelantan dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Sebuah lori Hino yang dipandu oleh seorang lelaki ditahan sekitar jam 8 malam dan pemeriksaan mendapati pelbagai jenis tanaman hiasan, termasuk Pokok Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis, dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Suspek seorang lelaki berumur 32 tahun, dipercayai penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM510,000.00

Kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha untuk membendung kegiatan penyeludupan di sempadan negara.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …