MTL: APM TUGASKAN 900 KEANGGOTAAN DI SELURUH KELANTAN

Pada 9 November 2024, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mengumumkan bahawa sebanyak 900 anggota APM akan ditugaskan di seluruh Kelantan sepanjang musim Monsun Timur Laut untuk menghadapi potensi banjir.

Anggota APM akan ditempatkan di 10 daerah dan telah diarahkan untuk mengaktifkan bilik gerakan serta mempersiapkan logistik bagi menghadapi kemungkinan banjir.

APM juga akan melakukan rondaan di kawasan berisiko banjir untuk bertindak pantas dalam memindahkan dan menyelamatkan mangsa.

Selain itu, sebanyak 617 kawasan “hot spot” banjir juga telah dikenalpasti di Kelantan.

APM turut menjalani latihan mingguan bersama agensi lain dan mengambil kira ramalan tradisional mengenai banjir besar yang berlaku setiap 10 tahun untuk memastikan kesiapsiagaan yang optimum.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

KHASIAT SAYUR DAN BUAH

Buah-buahan dan sayur-sayuran sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu …

JANGKITAN BAKTERIA BORDETELLA PERTUSSIS

Pertusis atau Batuk Kokol bukan sekadar batuk biasa. Ia adalah jangkitan bakteria Bordetella pertussis yang menyerang sistem pernafasan dan berjangkit …

KEPENTINGAN SARAPAN

Sarapan adalah sajian awal yang perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sajian ini membekalkan …