RM2.01 JUTA TANAMAN HIASAN DIRAMPAS DI KELANTAN

Pada 9 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di Kg Lubok Stol, Pasir Mas, Kelantan dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Sebuah lori Hicom yang dipandu seorang lelaki ditahan pada kira-kira 9.45 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis tanaman hiasan termasuk orkid dan Bromeliad yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Suspek, lelaki berumur 36 tahun, dipercayai penghantar tanaman tersebut untuk dipasarkan di Malaysia.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 2.01 juta.

Kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …