SITUASI SEMASA KES MALARIA NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPID 44/2024

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melaporkan situasi semasa kes Malaria sehingga ME 44 2024, sebanyak 30 kes dilaporkan berbanding sebanyak 58 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2023 menunjukkan penurunan sebanyak 48.3 %. Namun begitu, langkah pencegahan perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan malaria.

Sebagai langkah pencegahan terutama bagi penduduk di kawasan hutan dan pinggir hutan, mereka dinasihatkan agar memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk dan mengelak berada di luar rumah pada waktu malam.

Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …