JALAN SIMPANG PULAI-CAMERON HIGHLANDS DIBUKA SEMULA 25 NOVEMBER

IPOH: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dijangka dibuka semula pada 25 November depan selepas kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di KM43.4 jalan itu selesai, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata setakat ini kerja pengalihan sisa tanah runtuh sudah mencapai kemajuan 10 peratus sejak dimulakan 1 November lalu.

Keadaan hujan menyukarkan jentera JKR yang terdiri dari tiga jengkaut dan empat lori untuk buat kerja pembersihan, di samping lokasi pembuangan sisa runtuhan tanah dan batu yang terhad kerana kawasan sempit.

“Anggaran kasar dengan kerja pembersihan yang agak terbatas, maka kerja pembersihan sisa runtuhan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu lagi dan jalan terbabit dijangka boleh dibuka pada 25 November ini, bergantung kepada keadaan semasa di tapak.

“Hasil pemantauan di lokasi mendapati, masih ada pergerakan tanah yang perlahan.

“Oleh itu, kerja pembersihan perlu dibuat dengan berhati-hati dan akan dihentikan sementara sekiranya ada pergerakan tanah yang besar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sejak 25 Oktober lalu ekoran insiden cerun runtuh di KM43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, penutupan jalan bagi kedua-dua arah itu bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan jalan sehingga selesai.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif di Jalan Pahang dekat Tapah untuk ke Cameron Highlands.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …