‘BACKYARD BUDDY’

Program ‘Backyard Buddy’ diilhamkan Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya,YM Tengku Aina Tengku Ismail Shah selaras dengan pelancaran program “Urban Birding Putrajaya” pada tahun 2018.

Secara umumnya, program itu bertujuan mewujudkan satu kumpulan yang terdiri dari komuniti tempatan yang PEKA terhadap pelbagai spesies burung di Putrajaya khasnya dan diseluruh negara amnya.

Kumpulan sasar program ini terdiri dari komuniti Putrajaya dari semua peringkat umur dan latarbelakang. Komuniti ini juga diharap dapat memainkan peranan aktif sebagai kumpulan sokongan di dalam semua program berkaitan dangan burung-burung yang dirancang Perbadanan Putrajaya (PPJ) bagi menyemarak dan menjayakan program ‘Urban Birding Putrajaya”

Program ini merupakan satu platform untuk mengenalpasti serta membangunkan kerjaya sebagai jurupandu ‘birdguide’ tempatan (Putrajaya) yang berpengetahuan dan berkelayakan untuk mereka terbabit di dalam program pembangunan program Pakej Pemerhatian Burung Putrajaya.

Percaya tak gambar-gambar burung ini boleh diambil di kawasan rumah di SEKITAR Putrajaya sahaja?

Sumber: FB Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …