MAKLUMAT CUACA DIHUJUNG JARI ANDA

MyCuaca merupakan aplikasi mudah alih MET Malaysia yang berperanan sebagai platform penyampaian maklumat dan amaran kepada orang awam. Maklumat yang boleh diperolehi dalam aplikasi ini meliputi maklumat dan amaran cuaca, ramalan cuaca harian, imej gema radar bagi cuaca semasa dan imej satelit terkini, gempa bumi dan tsunami.

Tujuan utama pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk menyebarkan maklumat kritikal meliputi ramalan cuaca harian, maklumat dan amaran cuaca, kejadian gempa bumi dan tsunami.

Dengan memperoleh maklumat atau amaran awal berkaitan bencana, orang ramai boleh melakukan persediaan awal bagi memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga terjamin.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play dan Apps Store secaraan sahih hanya di MET Malaysia.

Sumber : Met Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …