HOTEL NEGERI SEMBILAN WAJIB ADA PASUKAN PENYELAMAT DI AIR BERMULA 2025

Semua pengusaha hotel di Negeri Sembilan yang mempunyai kemudahan kolam renang diwajibkan untuk mempunyai pasukan penyelamat di air bermula tahun hadapan.Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon, ia adalah sebagai persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 selaras dengan saranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pihaknya  sedia maklum ada kekangan untuk pengusaha hotel mendapat pekerja dalam bidang ini. Namun difahamkan MAH Negeri Sembilan telah pun mengambil inisiatif menganjurkan kursus menyelamat dan telah menganjurkannya buat tahun keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari segi latihan pula dikendalikan oleh bomba.

Sehubungan itu, beliau berkata, setiap hotel diwajibkan menghantar pekerja mereka untuk mengikuti kursus menyelamat di air. Beliau percaya dasar baharu itu dapat memberi lebih keyakinan kepada pelancong untuk menginap di hotel negeri ini.

Sementara itu, menurut  Pengerusi Persatuan Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan, 90 peratus hotel yang mempunyai kolam renang dan berhampiran pantai di negeri ini telah pun mempunyai pasukan terbabit. Sehingga kini kira-kira 100 kakitangan melibatkan 25 hotel telah pun mempunyai sijil penyelamat yang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setiap hotel wajib menghantar pekerja mereka mengikuti kursus menyelamat ini dan ia tidak semestinya melibatkan mereka yang bertugas di bahagian kolam atau bahagian keselamatan saja, tapi juga lain-lain bahagian.

Sebagai contohnya di Hotel Glory Beach Resort beberapa tahun lepas, pekerja pembersihan wanita yang mengambil kursus ini telah dapat menyelamatkan seorang mangsa lemas di kolam mereka.  Setiap hotel perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua anggota penyelamat yang menjaga bahagian kolam. Sebanyak 22 hotel terlibat dalam kursus menyelamat yang dianjurkan buat kali keempat ini dengan 52 peserta.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …