KRAFTANGAN MALAYSIA PERKENAL APLIKASI COTG

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) telah melancarkan aplikasi Craft On The Go (COTG) untuk memudahkan peminat seni dan kraf mencari lokasi pusat jualan dan bengkel usahawan kraf di seluruh negara.

Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Hafiz Abdul Halim memaklumkan bahawa aplikasi ini berfungsi sebagai direktori dan geolokasi dengan mengumpulkan lebih 2,300 usahawan kraf dari pelbagai bidang.

Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, COTG telah dimuat turun lebih 3,000 kali yang menunjukkan sambutan positif daripada peminat kraf.

Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses profil usahawan, maklumat produk serta lokasi pusat jualan dan juga menghubungi usahawan secara langsung.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian maklumat mengenai produk kraf tempatan, mempromosikan dan mengkomersialkan hasil kraf Malaysia.

Selain COTG, Kraftangan Malaysia juga telah membangunkan platform digital MYCRAFTSHOPPE untuk jualan dalam talian.

Bahawa aplikasi COTG ini terbukti telah membantu meningkatkan jualan dan memudahkan pelancong untuk mengunjungi bengkel peniaga.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …