KELANTAN SAHUT KEMPEN PERANGI PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Kerajaan Negeri Kelantan telah menyahut kempen “War on Sugar” sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024, dengan menyeru rakyat mengurangkan pengambilan gula berlebihan.

Exco Kesihatan, YB Hilmi Abdullah menekankan bahawa kempen ini adalah sebahagian dari Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 untuk meningkatkan literasi kesihatan dan gaya hidup sihat.

Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 menunjukkan Malaysia mempunyai kadar diabetes yang tinggi, dengan pengambilan gula meningkat kepada 54.5% berbanding 50.1% pada 2019.

Program ini melibatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dan mengajak usahawan kedai makan untuk menyokong usaha tersebut.

Ia juga diharap dapat melahirkan rakyat Kelantan yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …