‘SEING IS BELIEVING’ TARIK MASYARAKAT LUAR SAKSIKAN KEHARMONIAN KAUM DI KELANTAN

Hampir 400 ahli rombongan bukan Islam dari luar Kelantan menyertai Karnival Perpaduan Nasional ‘Kelantan Model Perpaduan’ untuk menyaksikan keharmonian kaum di negeri ini.

Karnival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama U-BeS dan Pusat Integriti Antara Kaum (PEKA) melibatkan peserta dari Terengganu, Pahang, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Peserta berpeluang melawat tokong, kuil dan pasar yang menunjukkan tahap toleransi masyarakat Kelantan.

Ia juga menunjukkan dasar perpaduan yang dipelopori sejak 34 tahun lalu adalah berlandaskan prinsip agama dan Rukun Negara.

Karnival ini juga termasuk forum perbincangan mengenai perpaduan dan persembahan seni tradisional pelbagai kaum.

Menteri Besar, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud turut meluangkan masa bersama rombongan sebelum mereka pulang.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …