OPERASI BERSEPADU MEGA KKM BERSAMA KPDN KELANTAN

Pada 21 Oktober 2024, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan menyertai Ops Mega KKM di kawasan Pengkalan Chepa, Pasar Tok Guru, Jalan Sri Cemerlang dan Dataran Cheng Ho, Kota Bharu.

Operasi yang dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri melibatkan enam agensi penguatkuasaan iaitu, PDRM, JKDM, KPDN, KKM, MPKB-BRI dan LKTN.

Pemeriksaan memfokuskan perniagaan yang beroperasi khusus kepada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 serta Akta yang dikuatkuasakan oleh Jabatan masing-masing.

Sebahagian besar premis mematuhi peraturan dengan memaparkan tanda harga yang jelas dan menggunakan alat timbang yang ditentusahkan.

Namun, satu premis dikenakan tindakan kerana gagal meletakkan tanda harga, berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

KKM juga mengedarkan kertas edaran mengenai larangan merokok dan vape, serta memberikan nasihat kepada premis untuk mematuhi Akta 852 dan memastikan harga barangan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan kekeliruan pengguna.

 

Sumber: KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …