HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: MALAYSIA MENJADI PENGANTARA PERJANJIAN DAMAI KERAJAAN FILIPINA-MILF

Pada hari ini (15 Oktober) dalam tahun 2012, Malaysia menjadi perantara sehingga temeterinya Pelan Damai Kerajaan Filipina dengan Barisan Bertindak Islam Moro (MILF) yang berlangsung di Dewan Rizal, Istana Malacanang, Manila.

Detik bersejarah ini mengakhiri sengketa lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina. Malaysia menjadi pengantara perundingan damai di antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober 2011.

Malaysia juga memberi jaminan untuk bersama rakyat Filipina dalam memastikan kerangka perjanjian damai ini berjalan lancar. Malaysia berharap dengan adanya pelan damai ini, amalan beragama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik dan penduduk berbagai agama dapat disatukan di bawah nilai-nilai dan perlembagaan yang sama.

Perjanjian bersejarah yang disifatkan sebagai ‘perjanjian teras’ ini menandakan permulaan era baru bagi penubuhan entiti baru Bangsamoro yang bakal menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Disediakan oleh: Bakhtiar Effendy

Artikel/Berita Terkini

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …

TIGA GUDANG PLASTIK, 12 KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI PENAMPANG

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi. PENAMPANG: Tiga blok gudang menyimpan barangan plastik musnah sepenuhnya dalam kebakaran …