PENCAPAIAN LUAR BIASA DR.JUSTIN SENTIAN KEBANGGAAN MALAYSIA

HAJIJI

KOTA KINABALU: Pencapaian luar biasa dan cemerlang saintis Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Justin Sentian berjaya merintis perjalanan ke benua Antartika pada musim sejuk merupakan kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pencapaian Justin bukan sahaja melampaui kejayaan peribadi beliau, tetapi juga satu tanda kejayaan dan kebanggaan untuk negara kita Malaysia, negeri dan juga UMS.

Katanya, pencapaian Justin membolehkannya diberi dua pengiktirafan serentak dalam Malaysian Book of Records, sebagai rakyat Malaysia pertama yang menjalankan penyelidikan pada musim sejuk dengan keadaan cuaca melampau dan juga  rakyat Malaysia pertama yang tinggal paling lama di benua Antartika iaitu selama tujuh bulan.

“Seiringan dengan pencapaian ini, pengiktirafan juga diberikan kepada Yayasan

Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sebagai penganjur ekspedisi penyelidikan musim sejuk pertama di benua Antartika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan The Malaysia Book of Record Program Penyelidikan Musim Sejuk di Antartika kepada Dr. Justin Sentian dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan di Dewan Bankuasi UMS pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin.

Hajiji berkata, pengiktirafan berprestij yang diberikan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan sesuatu di luar daripada kebiasaan dan melambangkan komitmen dan kejayaan negara kita terhadap kecemerlangan dalam inovasi dan penyelidikan saintifik.

“Kemampuan beliau untuk bertahan dan tinggal agak lama di benua Antartika dalam keadaan cuaca melampau pada musim sejuk, menunjukkan ketabahan dan komitmen yang sangat tinggi, bukan sahaja dalam penyelidikan beliau berkaitan dengan perubahan iklim dan dinamik kimia atmosfera di Antartika, tetapi juga dari segi aspek ketahanan fizikal dan mental yang sangat luar biasa.

“Saya percaya, perjalanan beliau ke Antartika mencerminkan semangat, tekad dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam dan semangat ini mampu menjadi sumber inspirasi dan teladan, bukan sahaja kepada golongan penyelidik, tetapi kepada seluruh masyarakat terutama generasi muda”, katanya.

Beliau berkata, geran penyelidikan yang dianugerahkan kepada Dr. Justin Sentian telah menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai Antartika, terutama dalam bidang perubahan iklim, yang kini merupakan isu global yang hangat dibincangkan.

Katanya, kecemerlangan program akademik yang ditawarkan di UMS adalah bukti bahawa dedikasi universiti itu dalam melahirkan penyelidik dan individu yang cemerlang telah memberikan impak positif kepada negara dan seluruh rakyat.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …