PRODUK KOSMETIK THAILAND LEBIH RM90 RIBU DIRAMPAS PGA KELANTAN

Pada 11 Oktober 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di Pengkalan Haram Jitong, Pasir Mas, Kelantan.

Rampasan dilakukan sekitar jam 5.30 petang selepas anggota PGA mendapati pintu stor terbuka semasa rondaan dalam Op Taring WAWASAN.

Pemeriksaan mendapati beberapa kotak produk kosmetik dipercayai dari Thailand yang bersedia untuk diseludup ke pasaran tempatan.

Nilai rampasan dianggarkan RM94,500 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Barang rampasan diserahkan kepada Komtak Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …