DUA LELAKI SOROK DADAH DI SELUAR DALAM DICEKUP

RAMPAS: Jasmin (tengah) ketika sidang media menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas.

TAWAU: Dua lelaki warga asing menyembunyikan syabu di seluar dalam yang dipakainya untuk dibawa ke negara jiran berjaya ditahan di Terminal Feri Tawau, Jumaat lepas.

Suspek masing-masing berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Polis Bantuan kira-kira jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di dua lokasi berasingan.

Katanya, suspek pertama ditahan oleh polis bantuan ketika cuba melintasi tempat pemeriksaan untuk menaiki feri ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan lima bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 1,541.43 gram di seluar dalam yang dipakainya.

“Seluar dalam wanita yang dipakai suspek itu juga telah diubah suai dan dilapisi bengkung warna hitam bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek terbabit membawa kepada satu lagi tangkapan seorang lelaki rakan senegaranya yang sudah melepasi balai pelepasan dan menunggu di jeti terminal berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek turut menemukan dua bungkusan plastik di seluar dalam yang dipakainya dan empat lagi di dalam tapak kasutnya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas semua bungkusan plastik berkenaan didapati mengandungi ketulan hablur jernih juga disyaki dadah jenis syabu seberat 269.61 gram,” katanya.

Jasmin berkata, kedua-dua suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mereka pula didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 13 Oktober lepas dan syabu seberat lebih 1.8 kilogram bernilai RM115,860 itu dibawa ke IPD Tawau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis sedang mengesan rangkaian pengedaran dadah untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut