LEBIH BERSIH DAN TERATUR

 

Itulah WAJAH BARU Pasar Borong Kuala Lumpur. Suasananya cukup berbeza berbanding sebelum ini apabila persekitaran di situ lebih selesa, selamat dan kondusif

TIADA LAGI longgokan sampah atau lebihan sayuran rosak yang kelihatan mencacatkan pemandangan serta kerisauan pengunjung terhadap tahap kebersihan pasar tersebut seperti yang berlaku sebelum ini.

Kawasan kaki lima dan tempat parkir kenderaan yang sebelum ini dipenuhi dengan penjaja warga asing serta sampah sarap juga kelihatan bersih dan pengunjung juga kini lebih mudah meletakkan kenderaan di tempat parkir yang disediakan.

Jika dahulu tempat ini dipenuhi dengan warga asing dan membuatkan pengunjung rasa tidak selesa, kini keadaannya jauh berbeza. Ini kerana, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lagi membenarkan warga asing menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …