KESIHATAN PERSEKITARAN PENTING KEPADA KESIHATAN MANUSIA.

Apabila menyebut tentang kesihatan berkaitan persekitaran, ramai individu akan memikirkan tentang kebersihan air dan udara. Hakikatnya isu alam semula jadi seperti pemanasan global, juga sebahagian daripada kesihatan persekitaran. Umumnya, kesihatan dan persekitaran adalah bidang kesihatan awam yang memantau dan menangani faktor fizikal, kimia dan biologi. Ia mungkin tidak dapat ditangani secara langsung, namun tetap boleh mempengaruhi tahap kualiti hidup dan kesihatan manusia. Ringkasnya, kesihatan persekitaran adalah bidang kesihatan awam yang dikendalikan dengan cara berbeza di seluruh dunia serta boleh mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan mental.

Persekitaran adalah aspek besar dalam kesihatan awam yang mempengaruhi cara kita makan, membesar dan kualiti hidup. Berikut disenaraikan 5 bidang utama yang merangkumi pelbagai aspek kesihatan persekitaran penting kepada kesihatan manusia.

 

  1. Kualiti udara

Udara amat penting bagi manusia. Kita memerlukannya untuk meneruskan kehidupan. Malangnya, kita sering terlupa untuk menjaga dan mengekalkan tahap kebersihannya. Kesannya ia memberikan impak besar kepada tahap kesihatan. Kualiti udara yang teruk dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk sindrom kematian bayi mendadak (SIDS), barah paru-paru dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

  1. Air dan kebersihan

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dianggarkan lebih 780 juta individu di seluruh dunia tidak memiliki akses untuk air minuman yang bersih dan selamat. Di samping itu, hampir 2.5 bilion penduduk bumi tidak mempunyai perkhidmatan kebersihan mencukupi seperti bilik air yang bersih. Kesan daripada keadaan tersebut, lebih daripada 2,200 kanak-kanak mati setiap hari di seluruh dunia disebabkan penyakit cirit-birit berkaitan air dan tahap kebersihan yang tidak betul.

 

  1. Bahan beracun dan sisa berbahaya

Toksikologi adalah bidang sains yang dikhaskan untuk memahami bagaimana bahan kimia dan bahan lain boleh menjejaskan kesihatan manusia dan persekitarannya. Ia bidang penting dalam kesihatan alam sekitar. Sebahagian besar bahan yang diperlukan untuk memajukan industri dan teknologi, seperti logam berat dan plastik, boleh memberi kesan kepada badan manusia. Lebih bahaya lagi, ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan perubatan yang serius.

  1. Rumah dan komuniti

Kebanyakan individu menghabiskan banyak masa di rumah, tempat kerja atau sekolah. Maka penting untuk memastikan tempat-tempat tersebut selamat dengan risiko bahaya yang minimum. Ia juga kondusif untuk gaya hidup sihat. Apabila kawasan persekitaran tidak selamat, seperti jalan yang tidak diselenggara dengan baik, sudah tentu ia meningkatkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya. Jika anda tinggal di kawasan kejiranan yang bermasalah seperti berlaku banyak keganasan, pastinya ia akan menyekat kebebasan sebuah keluarga untuk keluar.

  1. Prasarana dan pengawasan

Bahagian utama strategi kesihatan awam adalah maklumat. Dengan memahami risiko, profesional kesihatan persekitaran dapat menggunakan sumber lebih baik untuk mencegah atau melawan masalah berkaitan kesihatan manusia. Ia melibatkan bidang epidmiologi yang akan menyelidik sesuatu penyakit dan menyaring populasi bahaya serta menetapkan program pengawasan.Pengawasan atau kawalan melibatkan masalah kesihatan tertentu (pengawasan aktif) serta bekerjasama dengan profesional dalam bidang lain untuk mencegahnya (pengawasan pasif).

 

Tidak seperti diet dan bersenam, banyak aspek kesihatan persekitaran bukanlah perkara yang boleh diatasi secara eksklusif pada peringkat individu. Ia memerlukan gabungan pengubalan undang-undang, polisi dan program di peringkat tempatan, persekutuan dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi kesihatan sekali gus meningkatkan tahap kualiti hidup untuk diri dan komuniti. Antaranya dengan menaiki pengangkutan awam berbanding memandu sendiri dan elakkan daripada membuang sampah dengan sewenang-wenangnya.

 

 

Hello doctor

 

Top of Form

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut