PARODI DAN ISU SERIUS: MEKANISME ADAPTASI ATAU KURANG SENSITIVITI?

Hari ini kita melihat bagaimana isu-isu serius, seperti ajaran sesat, manipulasi dan pengainayaan kanak kanak dijadikan bahan parodi oleh masyarakat.

Adakah ini satu tanda bahawa rakyat kita semakin kurang sensitif terhadap perkara-perkara yang penting, atau ia sebenarnya cara untuk mengurangkan ketegangan dalam menghadapi isu-isu yang menekan?

Parodi adalah satu bentuk mekanisme daya tindak (coping mechanism) yang digunakan untuk mengurangkan tekanan psikologi. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia mungkin sudah merasa letih atau bosan dengan ketegangan yang berterusan dalam isu-isu sosial.

Parodi memberikan mereka peluang untuk mengekspresikan kebingungan atau ketidakpuasan dalam cara yang tidak konfrontasi dan ringan, sekaligus membantu mereka mengurangkan tekanan emosi.

Tetapi, PENTING untuk kita ingat bahawa di sebalik gelak ketawa, terdapat isu-isu serius yang memerlukan perhatian.

Kita boleh bergurau, tetapi dalam masa yang sama, marilah kita juga berwaspada dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu-isu ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …

MBSP CAR FREE MORNING @ SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MBSP CAR …