WANITA LEMAS KETIKA MENYELAM DI PULAU TENGGOL, DUNGUN

Seorang penyelam wanita meninggal dunia ketika menyelam di kawasan Tokong Timur Pulau Tenggol, kira-kira 13 batu nautika dari Kuala Dungun, semalam. Dalam kejadian 10.15 pagi, mangsa Nur Atiqah Emelia Shubli, 33, yang berasal dari Batu 9, Cheras, disahkan meninggal ketika dikejarkan ke Hospital Dungun.

Sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat perumahan bersama 28 penyelam terdiri daripada 17 wanita dan 11 lelaki, menyertai aktiviti menyelam di pulau terbabit. Sebaik kesemua peserta di arah naik ke permukaan air, seorang pengajar menyelam mendapati mangsa tidak timbul.

Pengajar menyelam itu kemudiannya bersama seorang penyelam lain turun semula ke dasar laut untuk mencari mangsa. Mangsa ditemukan di dasar laut dalam keadaan terdampar di atas batu, sebelum dia dibawa naik ke atas bot dan diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa kemudian dibawa dengan bot ke jeti Kuala Dungun sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dengan menaiki ambulans. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut. Bedah siasat akan dilakukan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai sentiasa dinasihatkan agar cakna akan aspek keselamatan terutama pabila melibatkan aktiviti di air bagi mengelak sebarang kemalangan berlaku. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa lemas.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …