GISBH DI TERENGGANU: JHEAT TUNGGU KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengambil tindakan ke atas kumpulan GISB Holdings (GISBH) berdasarkan bidang kuasa yang akan diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri. Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan menunggu keputusan fatwa sama ada organisasi itu mengandungi unsur ajaran sesat atau sebaliknya.

JHEAT masih menunggu keputusan fatwa seperti mana kenyataan dikeluarkan Mufti negeri, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron. M Rozi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad Sabri yang dilaporkan berkata, Terengganu akan mengikut langkah Perlis untuk memfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH

Mengulas lanjut, M Rozi berkata, pegawai dan anggota bahagian penguatkuasa JHEAT akan terus memantau kegiatan dan aktiviti dijalankan GISBH di negeri ini. Berdasarkan pemantauan dilakukan mendapati gerakan GISBH tidak begitu ketara di negeri ini, tetapi pemantauan akan diteruskan.

Sementara itu, tinjauan mendapati restoran dikendalikan GISBH di bandaraya Kuala Terengganu ditutup sejak Khamis lalu. Kedai roti dan kek GISBH di sebuah bangunan berhampiran sekolah sukan di negeri di Gong Badak, di sini, juga ditutup.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …