JKNT REKOD 33 EPISOD KERACUNAN MAKANAN SEJAK JANUARI

Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu meningkat berbanding 19 episod yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Antara punca keracunan makanan disebabkan penyimpanan bahan mentah yang tidak selamat, tempoh penyimpanan tidak sepatutnya serta proses pengendalian makanan tidak bersih. Punca lain ialah makanan tidak ditutup sempurna dan masakan tidak dimasak sepenuhnya.

Bagaimanapun, kes keracunan di Terengganu masih terkawal. JKNT akan meningkatkan pemantauan seperti di sekolah berasrama bagi memastikan peraturan dipatuhi.Dalam pada itu, JKNT menggalakkan pengusaha makanan mendapatkan skim pensijilan bagi meningkatkan kualiti keselamatan makanan dan perkhidmatan mereka.

Skim pensijilan itu akan mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keselamatan makanan sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan masing-masing. Antara skim pensijilan yang ditawarkan termasuk Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …